Welcome Guest! | Register | Login
ID: [LUPA?]

PASS:[LUPA?]

[Tiada ID?]
[Welcome! Orang Baru]
News Home
English
Bahasa
Acheh
Forum
Pendapat
Artikel
Dictionary Kamus
Translation
Learn Achehnese
Bahasa Cerpen
Cari
Hantar Cerpen
Senarai
Statistik
Lawak
Hantar Lawak
Chat
Pertanyaan Lazim
Acheh
Mutiara Hadis
Kata
Links


Krueng Lagu Acheh Online
Krueng Kamus Acheh Online

Logo Web2 Aneuk Acheh


9 lawak terbaru

Pengirim     : mr_amad88
Tajuk        : CERITA SEDIH TIKA LIFT ROSAK.....
Dikirim pada: 04 November, 2008
Lawak       :
Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas, mereka pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi.


Si A: Macam mana ni... rumah kita atas sekali pulak tu?

Si B: Aduhhhh... bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke?

Si C: Aku rasa, baik kita panjat tangga aje... kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik.


Si A: Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih saja, sebab kalau kita buat cerita lawak, kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa. Biar kita serius dengar cerita.


Mereka pun bersetuju, jadi mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. Si A mula bercerita.


Si A: Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku. Aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku... bla bla bla bla bla...

Punyalah sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh-leleh air mata, sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata, kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita.


Si B: Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalam kemalangan jalan raya. Aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada masa tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang... bla bla bla bla...

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih... punyalah lama si B bercerita, sedar tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat saja lagi. Sambil melangkah memanjat tangga ke tingkat 56, si C mula menyampuk.


Si C: Alaaaaaa... korang punya cerita tak sedih lagi. Cerita aku lagi sedihhhh punya.


Si A: Kau ada sejarah hidup sedih juga ke?

Si C: Emmmm... mungkin hari ini dalam sejarah...

Si B: Cerita aje le... kita dah tinggal 4 tingkat je lagi.


Si C: Aku sedih kerana... KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA....

>|<4 komen>|<

Pengirim     : mr_amad88
Tajuk        : IKUT SUNNAH NABI....
Dikirim pada: 04 November, 2008
Lawak       :
Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup " gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..



Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:

"apahal duduk macam nak berlari ajer...."

"tak baik lutut tinggi pada makanan.."

" ni duduk ke nak berak nie..?"



Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang.
hutang kereta/ rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!



Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? matelic ke cooper? kan susah tu!!!



Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja...bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia , bla bla bla!!! Oh..



Biasa korang belajar doa makan macam nie:

"Allahummabariklana (hingga akhir)

Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:

"Bismillah, barkatillah"



Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound:

"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "

Aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "



Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..



Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...

Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"

Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku...

"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku.




Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka kalau aku ubah topik dengan bertanya :

Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?

Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..

Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat...

Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah.
"

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)

Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"

(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)



Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "



HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.


Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..

Semuanya dari Allah!!!



He he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.




PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (superman pun akan jadi mayat)

>|<7 komen>|<

Pengirim     : ahmad ariff
Tajuk        : kategori KENTUT
Dikirim pada: 28 October, 2008
Lawak       :

 pastkn anda dlm kategori yg mna=       

  1. tidak jujur-org yg kentuttp slhkn org lain
  2. bengong  -org yg thn kntut brjam2
  3. yakin diri -org yg kntut dgn lantang
  4. sadis      -org yg kntut dlm slimut llu dkibskn               bau
  5. strategik-org smbunyikn bunyi kntut                        gn ketawe kuat2
  6. misterius-org yg kntut tp x dpt dikesan
  7. gugup     -orgy yg tbe2 kntut apable dsergah
  8. periang   -org yg kntut pelan2 pastu senyum sorg2

 

>|<1 komen>|<

Pengirim     : mr_amad88
Tajuk        : LELAKI BUTA
Dikirim pada: 22 October, 2008
Lawak       :
al-kisah... Tinggal seorang lelaki buta,semua orang membencikannya kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata kepada kekasihnya "saya akan mengawini awk kalau saya boleh melihat".. ...Pada sutu hari datang seseorang mendermakan matanya kepada lelaki itu. Bila lelaki itu boleh melihat,dia merasa sangat terkejut kerna kekasihnya juga buta. Kekasihnya berkata "sudikah awk berkahwin dengan saya skng?"Lelaki itu menolak.. Lantas,kekasihnya tersenyum dan pergi sambil berkata "TOLONG JAGA MATA SAYA BAIK2".. ..renung dan fikirkan...

>|<0 komen>|<

Pengirim     : mr_amad88
Tajuk        : DENGAR BETUL2
Dikirim pada: 22 October, 2008
Lawak       :
Ada seorang pompuan , masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil
melihat keadaan keretanya yang kemek.

hari dah nak masuk maghrib, dia menjadi semakin resah.
Dah lah jalan tu
sempit, lampu jalan tak de pulak.


Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan.
Dah lah
tak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit.

Perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit " Hoi.. Babiiiiiiiii. ........
Slow
sikit....."

Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi, penunggang motosikal tu pun
menjerit balas .. "Celaka!!!!! F**k you!!!, Sial kau!!!".."
Bagerooo..."
sedap jer cakap babi...."

Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat....
Perempuan tadi berlari kearah bunyi dentuman tersebut..
Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semak
manakala motosikal nya remuk sama sekali.


Rupa-rupanya, dia dah langar babi yang telah dilanggar oleh perempuan
tadi.


( Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukanya marah...
tapi nak bagi tau jer....yang ada babi tergolek kat
depan....hehehehehehe)

>|<0 komen>|<

Pengirim     : mr_amad88
Tajuk        : JANGAN CUBA2 MENIPU ISTRI ANDA
Dikirim pada: 22 October, 2008
Lawak       :
Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaks sambil duduk membaca suratkhabar…..tiba-tiba dtg si isteri membawa tudung periuk….PANG!!….diketuknya atas kepala si suami…..si suami yg terpinga-pinga…..bertanya…..

“Aper hal ngan awak nih….kenapa awak ketuk kepala saya??”….si isteri pun menjawab….”nah! awak tengok nih….” sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama….’Mary’….si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary….dgn tenang si suami menjawab…. “ooo….
itu nama kuda yg saya bertaruh
semalam…..namanya Mary…..”

si isteri pun agak puas hati dengan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur…..

Selang seminggu berlaku insiden ketuk mengetuk… ketika itu si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu…. PANG!!!…. kali ini dengan lebih kuat lagi!….


si suami pun bertanya…. “aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???” dengan selamba si isteri menjawab….”kuda awak telefon!!”…..

P/s: Lain kali nak tipu bini tu cariklah alasan yang lebih selamat.....

>|<0 komen>|<

Pengirim     : mr_amad88
Tajuk        : KISAH HOTEL 5 BINTANG
Dikirim pada: 22 October, 2008
Lawak       :
Sepasang suami isteri dalam perjalanan ke bandar dan kerana jaraknya yang jauh, mereka siggah untuk menginap di sebuah hotel sebelum meneruskan perjalanan keesokan paginya.


Akhirnya mereka bertemu dengan sebuah Hotel yang cukup bagus walaupun tidak berbintang dan bermalam. Keesokan paginya ketika akan keluar hotel, mereka dikenakan bayaran RM 200.
00

“Hah? Ini kadar hotel 5 bintang. Awak tak salah kira ke?” tanya si suami terkejut.


Dia meminta dipanggilkan pengurus hotel dan membantah harga yang terlalu mahal.
Setelah mendengar dengan penuh perhatian, pengurus berkata, “Hotel ABCD ini dilengkapi dengan kolam renang taraf antarabangsa, ruang persidangan dan berbagai hiburan semuanya
bertaraf antarabangsa.


“Tapi kami tidak langsung menggunakan kemudahan tersebut,” kata si suami berkeras.


“Salah Encik sendiri. kemudahan itu disediakan untuk dimanfaatkan,” kata si pengurus tak mau kalah.


Setelah termenung sejenak si suami membuka dompetnya, mengeluarkan wang RM 50.00.. dan mengulurkannya kepada pengurus tersebut.


“Ini baru RM 50.00?” tanya pengurus.


“Baki RM 150.
00 lagi tu saya dah bayar… iaitu saya relakan Encik tidur dengan isteri saya”

“Tapi saya tidak tidur dengan isteri Encik…”

“Salah Encik sendiri.
ianya sudah tersedia semalaman, kenapa tidak dimanfaatkan…”

>|<0 komen>|<

Pengirim     : amad
Tajuk        : siapakah dia?????
Dikirim pada: 22 October, 2008
Lawak       :

Kerjanya selalu mencari lubang di dalam air.....!!!!!!!

>|<0 komen>|<

Pengirim     : amad
Tajuk        : apakah ia??(sejenis makanan)
Dikirim pada: 20 October, 2008
Lawak       :

Dikerat batang nampak lah daun,dikerat daun nampak lah isi,lepas tu baru  dimakan,apakah ia??????

>|<0 komen>|<

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 > »
Hantar Lawak
Send This ArticleSend
Pengirim Terbanyak
40 oleh Nurlisa
30 oleh Adam
18 oleh safiya88
 7  oleh uekifit3
 6  oleh mr_amad88
 5  oleh amad
 4  oleh AchenDude
 4  oleh Muazzam idris
 4  oleh syafeeq
 4  oleh norain hassan
 3  oleh nasir
11 Komen Terbaru

oamir
ouser_exited
owan
onadia
onadia
onadia
onadia
onadia
onadia
onadia
onadia
Segala karya atau berita yg terpapar di laman web ini adalah tertakluk kepada hak cipta penulis-penulis asal karya atau berita tersebut.
Rekabentuk dan konsep adalah milik penuh © Kruëng Networks. 2004-2009. Gunakan link ini untuk menghubungi kami.