takdir (2)
Hasil Karya:
haziqahnur
Disenarai Pada: 31 March, 2009
Assalamualaikum...
Abang Yul....apa khabar? Hana harap sangat abang sihat dan ceria menjalani kehidupan kat sana. Hana kat sini...Alhamdulillah dah mula menjalani kehidupan sebagai manusia normal dan menyedari kebodohan dan kenaifan Hana selama ni. Sila rujuk kebawah untuk membaca keseluruhan cerpen
Paparan video sempena setahun ACHEH TSUNAMI:
Sila tekan butang ditengah untuk memainkan video
Hana dah tak tau nak mula camne sebab banyak sangat salah Hana kat Abang Yul. Sampai tak tau nak mula salah yang mana. Hana nak minta bilion ampun dan maaf atas segala sikap Hana. Tak cukup rasanya jari seluruh manusia kat bumi ni untuk dihimpun minta maaf kat Abang Yul. Maaf banyak (10,000x) Abang Yul.
Hana nak minta maaf sekali lagi...lagi...dan lagi. Maaf banyak-banyak, Abang Yul.
Hana tau Abang tersiksa dengan sikap Hana. Hana tau tak patut Hana buat macam tu. Hana tak sangka Hana akan jadi gila camtu. Nampak sangat iman Hana ni sejuta kali lebih nipis dari kulit bawang. Hana rasa malu dengan Allah. Malu dengan semua orang terutamanya Abang. Mesti Abang Lang sedih kalau tahu Hana camni.
Abang Yul...maafkan Hana ye. Hana banyak lagi nak taip sebenarnya. Tapi keyboard ni dah basah. Skrin ni pun dah nampak kabur-kabur. Maafkan Hana ye Abang. Hana sedia untuk didenda. Last but not least....jangan lupa doakan kesejahteraan Abang Lang di sana. Hana rindu kat Abang Lang…..
Kalau tak silap aku dah tiga minggu dah aku hantar e-mail tu kat Abang Yul. Tapi kenapa dia tak balas-balas. Dan aku dengar mama dah mula bising-bising kata Abang Yul tak call dia. Hari tu masa mama call, kawan dia kata Abang Yul ada hal penting. Takkan penting sampai tertinggal handset kat rumah. Sampai hari ni abang Yul tak call jugak. Aku pun dah mula risau. Janganlah ada apa-apa benda buruk jadi kat Abang Yul.
Aku pulak terus sibuk dengan tugasan mengajar. Bukan senang rupanya nak mengajar ni. Masa mikro teaching dulu bolehlah. Berlakon jadi murid paling bodoh pun, takkan jadi setak tau murid sebenar. Nasib baik aku ngajar fizik. Kalau budak-budak salah faham atau tak faham-faham, tu tak effect pun kan amal ibadah diorang. Tapi kalau ngajar Pendidikan Islam, aku rasa aku pengsan kot. Dahlah sekarang ni budak-budak ni macam-macam ragam. Lepas tu tak pandai ngaji pulak. Aku dapat rasakan betapa beratnya ajar Pendidikan Islam. Nampak macam cikai je. Macam tak penting sebab bukan course sains barangkali, tapi satu huruf yang diajar beri kesan kepada kehidupan dunia akhirat. Tu yang aku respect betul dengan Ustaz Haikal yang sabar sungguh menghadapi semua ni. Mujurlah pengetua kami tu adil dan tak anak tirikan pendidikan Islam.
Kadang-kadang tu aku fikir, manalah cukup lapan orang guru agama kat sekolah besar camni. Aku memang suka join program-program agama yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam (PPI). Antara faktor yang menyebabkan aku sedar kesilapan aku ni ialah program-program anjuran PPI yang aku join. Memang aku sentap masa join program pengurusan jenazah masa awal-awal ngajar dulu. Then, aku suka dengar ceramah-ceramahnya sebab penceramah dia bukan calang-calang orang. Ustaz Haikal kenal ramai ustaz-ustaz. Aku tabik spring kat ustaz hensem ni. Dia cukup kreatif dan aktif walaupun pemalu. Seingat akulah, dia tak pandang aku kalau aku cakap dengan dia. Aku je yang gatal tengok muka bersih dia yang amat menyejukkan mata yang memandang tu. Ada juga pelajar-pelajar ni yang panggil dia ustaz macho. Budak-budak kan. Macam-macamlah. Ada cikgu-cikgu ni yang kena dengan mulut murailah, model tualah, macam-macam lagilah. Aku pulak tak taulah apa diorang panggil. Ada ke patut hari tu ada orang panggil aku ustazah. Huhuhu. Lawak pulak. Jauh beza gila aku dengan Ustazah Jamilah yang lembut dan berdedikasi tu. Baru-baru ni baru aku tau ada orang panggil aku cikgu suara rock. Mentang-mentangla suara aku serak basah. Nasib diorang tak panggil aku thunder woman sebab jangan tak tau, suara aku ngajar kat tingkat empat boleh dengar kat bawah nu.
“ Cikgu Hana...” Opocot mak kau. Terkejut aku. Nasib baik aku tak melatah.
Ustaz Haikal terkejut tengok aku terkejut. Muka dia merah padam tahan gelak kot.
“ Maaf...tak sangka pulak cikgu terkejut.”
“ Takpe ustaz...tapi memang saya terkejut.” Aku urut dada macam biasalah bila aku terkejut. Ustaz Haikal tergelak kecil. Tak pernah sebelum ni dia gelak bila cakap dengan aku.
“ Cikgu ingat orang jauh ke?” Eh...ramah dia ni. Boleh buat lawak lagi. Tapi macamana dia tau aku tengah ingat orang jauh?
“ Mana ustaz tahu ye? Ustaz ni ada ilmu kasyaf ke?” Aku pantang orang ajak cakap, ada-ada jelah aku nak mengayat. Lagi-lagilah Ustaz Haikal ni.
“ Eh...takdelah. Tengok cikgu macam merenung jauh sangat. Nak tembus dah dinding bilik guru ni.” Biar betul apa yang aku dengar ni. Tak sangkenye. Aku senyum sambil gigit bibir. Lepastu aku dengar dia istighfar. Walaupun slow, tapi aku dengarlah. Sudah...mesti dia sedar yang kita dah tersembang yang tak sepatutnya. Ni yang aku segan ni.
“ Gurau je ye cikgu. Saya nak ajak cikgu sertai gerak kerja untuk program sembelihan bulan depan. Boleh ke cikgu?” Cukup teratur ayat Ustaz Haikal. Ni yang buat aku tertarik ni. Tapi aku tak reti langsung bab sembelih menyembelih ni. Yang aku tau sunat baca bismillah dan kena putus dua urat. Tak pernah tengok ayam sedang disembelih. Tengok ayam dah kena sembelih selalulah.
“ Tapi saya tak reti langsung menyembelih ni.”
“ Takpe. Kita belajar nanti masa kursus. Ni nak minta cikgu tolong sediakan bahan atau handout untuk taklimat. Nanti saya akan beri cikgu apa yang perlu ada untuk handout ni. Cikgu tinggal uruskan untuk fotostat dan penyediaan fail je. Dan sikit-sikit tentang teknikal. Boleh ye Cikgu?” Ish...ustaz hensem ni pujuk aku macam nak pujuk budak darjah satu pergi mengaji. Macam Abang Yul pujuk aku bila aku malas nak study untuk UPSR dulu. Abang Yul lagi. Kenapa ye Abang Yul tak balas email aku.
“ Cikgu....” Alamak...aku khayal lagi. Malunyer.
“ Insya Allah ustaz. Saya cuba. Kalau ada apa-apa yang perlukan bantuan, bagitau jelah saya. Selagi saya mampu, saya tolong. Tapi kalau nak suruh guide sembelih, saya surrender awal-awal ye Ustaz.” Ni kes nak control malulah ni.
“ Terima kasih banyak ye Cikgu. Malam lusa ada meeting. Pukul 9.00 malam. Kat bilik PPI. Saya bagitau awallah ye. Surat saya bagi kemudianlah supaya tak kelam kabut. Cikgu ada hal ke masa tu?” Ustaz hensem tanya dengan penuh sopan.
“ Setakat ni takde. Kalau ada apa-apa hal saya inform kat ustazlah ye.”
Ustaz hensem angguk dan beredar. Tapi lepas tu dia patah balik.
“ Terima kasih sekali lagi. Barakallahu lak ”. Dia cakap camtu sambil tersenyum dan terus blah. Aku pulak yang tercengang. First, sebab aku macam pernah dengar barakallahu lak tapi tak pasti apa maknenye. Second, dia senyum kat aku. Biar betul ni. Ish...nilah susah orang ada penyakit hati macam aku. Perasan lelebih. Dia nak pancing lah tu sebab aku sudi nak bagi kerjasama. Cuba rasional sikit. Tapi aku masih rasa macam mimpi. Lepas ni aku nak tanya Ustazah Jamilah apa maksud barakallahu lak.
583 paparan
6 Points
|