Lambaian Terakhir
Hasil Karya:
wany
Disenarai Pada: 27 March, 2009
Malam ini setenang hati ku, tiada angin kencang, tiada ribut taufan, tiada segalanya.. yang ada hanyalah bulan dan bintang yang tidak jemu menyuluh malam.
Dendangan lagu ‘Suara Kekasih‘ nyanyian Alleycats membuatkan hati aku yang tenang seketika tadi, kembali menjadi hiba.. sedih..pilu..bagaikan ingin meraung sekuat hatiku.. Ya Allah, dugaan apakah ini.. pedihnya untuk aku lalui semua ini.. Sila rujuk kebawah untuk membaca keseluruhan cerpen
Paparan video sempena setahun ACHEH TSUNAMI:
Sila tekan butang ditengah untuk memainkan video
Keasyikan aku menghayati setiap patah kata yang didendangkan,membuatkan air mata aku terus-menerus mengalah untuk jatuh tanpa dipaksa. Semuanya seakan mengerti hati dan perasaan ku. Dikala ini air mata inilah menjadi peneman hidup aku dikala sunyi..masih terngiang-ngiang lagi suara Qaisha.. kekasih hatiku...
"Abang...!! Abang..!!! kat sini ada tapak sulaiman"
"Cantiklah abang"
"Qaisha nak pegang ye" pinta Qaisha dalam keadaan membongkok menguis tapak sulaiman dengan ranting kayu.
"eh tak boleh pegang.. Qaisha tengok je ok"
"..ala Qaisha nak pegang kejap je ye"
"Tak boleh la sayang.. nanti takut gatal tangan tu.. Dah jom kita pergi cari siput pulak.. jumpa siput nanti, bolehla Qaisha pegang.." aku memujuknya sambil meneruskan perjalanan aku.
Tetapi aku perasan Qaisha tidak mengikut langkah ku.Aku menoleh..
"Ya Allah.. Heeeiii sayang..jangan cucuk tapak sulaiman tu.. Mari sini kat abang"
Aku melihat Qaisha berlari mendapatkan aku.. comel.. terdetik dihati aku saat tu.. Dia terus menggengam tangan ku.
"Ala Qaisha geram la tengok tapak tu..lagi pun benda tu dah mati dah.. Sha cucukla.."
"Ish dia ni.. kalau ye pun, tak kan sampai nak lumat tapak tu Qaisha kerjakan.. Sayang ni"
Aku menggelengkan kepala, tetapi kemanjaannya membuatkan aku terus mendakapnya... Bahagia...
Aku tersedar dari lamunan, dalam keadaan tergesa-gesa aku buka kotak di dalam almari. Ternyata gugusan siput yang diberi oleh Qaisha masih elok tersimpan. Aku lega...Aku genggam kulit-kulit siput itu.. sekali lagi air mata aku berguguran.
"Abang cantik tak siput ni?"
"Cantik, macam sayang abang"
"haa?? abang cakap Qaisha cantik macam siput?" Qaisha menjerit sambil mencubit lengan aku.
"... eh bukan macam tu lah maksud abang." Aku tergelak sambil mencuit hidung mancung Qaisha"
Qaisha tersenyum malu..
"Abang simpan ya siput ni, manalah tau ni pemberian terakhir dari Qaisha"
"Qaisha.. jangan mula boleh tak?.. abang tak suka sayang cakap macam ni lagi "
"Qaisha gurau je abang"
"Dah jangan cakap benda mengarut tu lagi"
"Yela En. Ameer Syafeeq" seloroh Qaisha
"Abang sabtu ni datang rumah Qaisha ye?"
"Datang rumah? kenapa?"
"kita makan tengah hari dengan keluarga Qaisha.. boleh?"
"Boleh tu memang lah boleh, tapi hari tu abang nak jumpa girlfriend abang yang ke-2, takkan nak cancel pulakkan" aku cuba menduga Qaisha.
"Apa abang cakap?? yang ke-2?? ikut abanglah..tp abang tinggalkan Qaisha. Qaisha menarik muka masam, terus bangun tinggalkan aku. aku tahu dia hampa..marah..
"... alamak!!! mati aku!" aku dalam serba salah terus bangun mengejarnya.
"Sayang!!! Sayang!! nanti dulu.. abang gurau je.." aku separuh menjerit.
Tetapi Qaisha tetap membatukan diri.. Dia terus berjalan, tetapi langkahnya semakin perlahan..
"Sayang berhentilah.. letihlah berlari atas pasir.. abang penat ni"
Qaisha berhenti. Akur.
"Amboi ketatnya muka dia..senyum sikit sayang"
Qaisha tetap berdiam
"Sayang.. abang bergurau je tadi.. abang tak ada perempuan lain.. sayang seorang je, sumpah!"
".. abang janji, sabtu ni abang datang rumah sayang"
"janji?" Qaisha bersuara
" ye comel.. abang janji"
"sayang abang tau"
"Abang pun sayang kat sayang"
Aku capai handphone yang penuh dengan dengan 1000 kenangan. Aku baca mesej-mesej yang masih tersimpan. Tak sanggup untuk aku membuang mesej-mesej tersebut. Hanya ini sajalah ucapan yang masih berbaki dari Qaisha untuk aku. Aku membaca mesej yang Qaisha berikan pada aku petang itu.
"hai sweet honey..esok pukul 2.30 ptg, jgn lupe taw dtg umah syg.Qaisha suruh umi masak sedap2 untuk abang..ni seme untuk ulang tahun hubungan kita yang ke-4.abang dtg" taw..abang kan dah janji"
Andai waktu berputar kembali, mahu saja aku berjumpa Qaisha malam tu juga. Aku mahu memeluk dia sepuas hati aku. Tapi semua ini mustahil, masa kan waktu boleh berputar kembali.. Ahhh!! Qaisha abang terlalu merinduimu sayang.. Aku terus membaca mesej terakhir dr Qaisha..
"Hai sayang. Selamat pagi. Sayang jangan lupa datang rumah Qaisha tau. Lagi satu, abang pakailah baju yang Sha bagi kelmarin ye, SAYANG ABANG SANGAT TAW"
Itulah mesej terakhir dari Qaisha.. tiada lagi selepas ini.. sampai kiamat sekali pun. Tiada!!!! Tidak!!!!
Petang itu aku sampai di rumah Qaisha. Masih ingat lagi sambutan yang sungguh ceria dari Qaisha. Qaisha cantik sekali petang itu. Dia memakai blaus berwarna biru muda. Aku kenal blaus itu.. Blaus pemberian aku seketika dulu. Cantik!! Cantik baju itu.. Bertambah cantik apabila Qaisha yang menyarungnya. Masih terbayang keayuannya di mata hitam aku ini.
"Hai abang.. Terima kasih sebab sudi datang.. Abang duduk dulu, Qaisha nak panggil Umi dengan Baba ye.."
"Ok sayang" sempat aku mengeyitkan mata yang tak sakit. Qaisha tersenyum mengerti.
"Nakal..! Tunggu sekejap ye" Qaisha tersenyum puas.
Tidak sampai 5 minit....
"Hai umi.." aku sudah terbiasa dengan panggilan itu.
"Eh hai Ameer, lama dah sampai?"
"Baru saja sampai, sofa pun tak sempat panas lagi ni" aku berseloroh sambil menyambut salam umi Qaisha.
Umi tersenyum.. ternyata Qaisha mewarisi sifat lembut uminya.
"Baba.. inilah orangnya.. kacak kan??"
Qaisha memberitahu ayahnya sambil memeluk erat leher ayahnya dari belakang. Sesekali Qaisha mencium pipi tua ayahnya.
"Pakcik..." Aku bersalam dengan ayah Qaisha dan menunduk tanda hormat.
"Amboi anak Baba.. citarasa tinggi ya..."
Qaisha ketawa dengan usikan ayahnya. Ternyata Qaisha seorang yang manja tetapi matang. Bagiku Qaisha Dania tiada pengganti. I LOVE YOU QAISHA
Petang itu masa terlalu cepat berlalu. Rasanya belum puas untuk menatap wajah ayu Qaisha. Aku berpuas hati dengan layanan keluarga Qaisha. Layanan yang belum pernah aku rasai. Tak dapat aku gambarkan... Selepas selesai makan, aku sempat solat asar di rumah Qaisha sebelum pulang.. Aku disuruh uminya untuk solat di bilik Qaisha, sementara Qaisha sibuk mengemas di dapur. Sebelum mengambil wuduk, aku meletakkan handphone aku di atas meja solek Qaisha. Aku ternampak bunga kering di atas meja solek Qaisha. Ternyata Qaisha masih menyimpannya. Hiasan bilik Qaisha yang agak ringkas tetapi menarik membuatkan aku lupa tujuan asal ku.
Aku keluar dari bilik untuk mengambil wuduk. Selesai mengambil wuduk aku lihat sejadah, kopiah, dan kain pelekat sudah tersedia di atas katil. Aku tahu Qaisha yang sediakan. Aku tersenyum..
Selesai solat aku meminta diri untuk pulang ke rumah. Selepas aku bersalam dengan mak dan ayah Qaisha, Qaisha menghantar aku di depan rumahnya.
"Abang terima kasih ya, sebab sudi makan bersama baba dan umi, dan terima kasih juga sebab sudi luangkan masa untuk Qaisha hari ini. Dan Selamat Ulang Tahun sayang."
"Qaisha sayang abang sangat-sangat tau, abanglah lelaki terakhir dalam hidup Qaisha"
"Ya sayang.. selamat ulang tahun yang ke-4.. abang pun sayang kat Qaisha..meh salam abang"
Qaisha akur.. lalu dia mencium tangan aku.. lama sekali...
Setitis air mata Qaisha gugur jua..
"Sayang.... kenapa ni??"
"Kalau Qaisha tak ada nanti, abang jangan lupakan kenangan kita ye"
"Ish apa Qaisha mengarut ni?"
"Hehe Qaisha nak tiru gaya cerita drama je" Qaisha ketawa
"Nakal ye dia..."
"Dah.. dah.. abang nak balik dah, jaga diri elok-elok ye sayang."
"ok sayang. I LOVE YOU"
"I LOVE YOU TOO" Aku membalas sambil mencuit pipi Qaisha.
Alu terus memandu, keluar dari parkir rumahnya. Satu lambaian manja diberikan oleh Qaisha.
Saat itu, bermulalah tragedi hitam yang tak dapat aku lupakan sehinggalah sekarang.nSemuanya gara-gara handpone ini.
"...ahhh!!!" aku melemparkan telefon aku di atas katil.
"Hello sayang..."
"hello.. ni abang handphone abang tertinggal"
"Haa tu lah.. sebab ni lah abang telefon sayang"
"abang kat mane dah?
"dekat pndok telefon seberang jalan ni"
"ok tak apa,Qaisha hantarkan..abang tunggu ye"
"eh tak payah.. biar abang ambil. kereta banyaklah sayang"
"Ala tak apa, Qaisha dah start skuter ni.. abang tunggu je. byeeee sayang"
Qaisha terus mematikan talian. Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Qaisha memang selalu menyusahkan dirinya untuk aku.
5 minit kemudian aku nampak Qaisha hendak melintas jalan. Aku geram, marah melihat Qaisha tidak memakai topi keledar. Tetapi geram aku hanya seketika, aku tersenyum melihat Qaisha melambai pada aku berkali-kali.. dia tersenyum sambil menunjukkan isyarat tunggu. Keletahnya membuatkan aku tersenyum lagi..
Qaisha melambai lagi tangannya sambil melintas jalan.. Dia tersenyum.. Tetapi, tak disangka itulah lambaian terakhir Qaisha untuk aku.
Masa itu, Allah sajalah yang tahu, orang yang kita cinta sepenuh hati melambung di depan mata.. Aku kaku seketika.. Tidak percaya. Aku tunduk mengambil handphone yang tercampak di atas rumput, yang pada asalnya Qaisha ingin memberi sendiri kepada aku.. tapi.........
"Qaisha!!!!!"
"tolong!!! tolong!!!" aku berlari mendapatkan Qaisha yang bergolek diatas jalan sambil menjerit meminta bantuan..
Tetapi aku sekali lagi terasa gelap dunia ini, apabila Qaisha sekali lagi dilanggar lori yang hilang kawalan.. Kali ini aku tidak berdaya lagi untuk melangkah... gelap dunia aku..
Masih terbayang lagi kepala Qaisha bergolek ke bahu jalan akibat di gilis. Ya Allah!!!!!!!! Tidak!!!!! Qaisha!! Qaisha!!! hanya iu yang aku mampu... gelap.. gelap.. dan gelap.. itu sahaja yang aku tahu. Aku pengsan.......
Aku tersedar dari pengsan. Aku pelik bagaimana aku boleh berada di bilik yang belum pasti di mana. Tetapi seingat aku.aku kenal bilik ini, bukan bilik aku tapi bilik Qaisha.. ye.. bilik Qaisha..
"Qaisha???"
"Tak mungkin...!! Tak mungkin!!!
Masa itu aku terlalu berharap apa yang berlaku hanyalah mimpi ngeri.
"Ya Allah...!!!" aku bingkas bangun..
Aku lihat dari luar pintu, orang ramai sedang sibuk menggulung tikar. Aku cemas.. Segera aku keluar dari bilik untuk mendapatkan orang tua Qaisha.
Mereka menggeleng... hiba.. sugul.. aku melutut di depan mereka.
"pakcik, Qaisha mana?....."
"Qaisha dah tak ada Ameer, kami minta maaf sebab tak sedarkan Ameer masa proses pengebumian tadi"
Aku menggigil.. seluruh badan aku lembik.. Aku tak dapat gambarkan, bagaimana perasaan aku ketika itu. Aku meraung sekuat hati aku. Aku betul-betul hilang pedoman. Aku tak dapat terima semua kenyataan ini. Dengan sekelip mata, Qaisha sudah tiada. Sedangkan tadi aku baru bergelak mesra dengannya. Ya Allah!!!! Dugaan apakah ini??? kenapa Qaisha tinggalkan abang? Abang belum puas menyintai Qaisha..Abang terlalu sayang Qaisha.. Qaisha tak patut tinggalkan abang.. Qaisha!!!
"Ameer" umi memanggil aku dalam keadaan suara terketar-ketar.
Aku menoleh berat
"Ini hadiah ulang tahun untuk Ameer dari Qaisha" aku tergamam
Bagaikan dihempap batu di atas dada aku.. berat..sakit.. pedih.. untuk aku mendengarnya.. aku menangis sekuat hati.. kali ini,aku tidak dapat mengucapkan kata terima kasih kepada Qaisha lagi. Qaisha sudah tiada.. ohhh!!! tidakkkk!!!!
Lamunan aku mati di situ..
Ya Allah, beratnya dugaan kau berikan pada aku..Sayang, hari ini genap ulang tahun kita yang ke-5, dan genap setahun sayang tinggalkan abang.. abang merana tanpa sayang.. abang dah tak seceria dulu.. tiada lagi kata sayang dari Qaisha.. abang terlalu rindukan semua tu..
Qaisha.. abang nak sayang tahu.. yang abang tetap sayangkan Qaisha, abang cintakan Qaisha.. Abang takkan lupakan Qaisha. Walaupun Qaisha jauh, abang tetap ingat Qaisha selagi hayat dikandung badan.. "Qaisha tunggu abang dekat sana ya.."
Aku menangis lagi, sambil mencapai baju melayu biru pemberian terakhir dari Qaisha.
".. terima kasih sayang kerana membahagiakan abang selama ini" lalu aku mencium baju itu.
Aku terus lena dalam linangan
1036 paparan
96 Points
|