Takdir (1)
Hasil Karya:
haziqahnur
Disenarai Pada: 28 February, 2009
“ Abang Lang dengan Abang Yul tolong diam dua hari boleh tak? Bisinglah. Orang tengah kira jawapan responden ni. Habis dah tertukar-tukar. Tak pasal-pasal kena kira balik. Benci betulla. Tak sukanya kira-kira ni.” Aku memang mengamuk sakan tengahari tu. Ada ke patut aku tengah siapkan assignment dua orang kawan karib ni main sahibba. Lepastu bising giler. Sila rujuk kebawah untuk membaca keseluruhan cerpen
Paparan video sempena setahun ACHEH TSUNAMI:
Sila tekan butang ditengah untuk memainkan video
“ Hana tak suka kira-kira rupenye. Bukannya sebab kitorang bising kan Hana hangin satu badan.” Abang Lang jawab sambil senyum lembu.
“ Diamlah Abang Lang. Orang sepak kad sahibba tu kang, habis ranap permainan korang.” Aku takkan mengalah.
“ Silalah kalau Cik Farhana nak kitorang lagi bising. ” Abang Lang ni tak puas hati lagi rupenye. Abang Khairul yang kat sebelah dia angkat-angkat kening pulak. Macho sangatlah tu dia ingat.
“ Shut up. Please zip your mouth. Main senyap-senyap sudahlah. Tak pun main kat tempat lainlah. Responden ni pun apasalla main jawab je ni. Mesti tak baca soalan ni. Bengong betulla.” Aku dah start dah merapu.
“ Mana..mana responden. Kau ke aku, Yul. Ke vase mama ni?” Abang Lang sengaja menyiram petrol ke atas api yang sedang marak.
“ Abang Lang!!!!! Siap nanti Abang Lang!”
“ Ye saya....” Tak sempat Abang Lang habis cakap, Abang Yul or Abang Khairul dah pintas dulu dah.
“ Dahlah tu Kimi. Kita main senyap-senyap ah. Taik telinga aku dah cair dah ni ” Ceh..aku ingat nak back up aku, rupenye mengutuk lagi dasyat. Tapi sekurang-kurangnya, Abang Yul berperanan sebagai pendamai.
“ Dah...dah tu. Salam. Sape mula dulu kena hulur tangan dulu.” Mulalah tu Abang Yul nak buat lawat sengal dia. Abang Lang hulur tangan tapi bukan kat aku tapi kat Abang Yul.
“ Tahniahlah. Ko menanglah kali ni. Ni last timelah kau nak menang dengan aku. Aku bagi chance lah”. Abang Yul senyum je dan geleng kepala.
“ Ok...Hana...smile please. Nak tengok lesung pipit sikit. Lama dah Abang Yul tak tengok.” Kurang asam betulla Abang Yul ni. Dia ingat aku ni budak darjah empat ke nak pujuk-pujuk camtu. Aku tarik hidung mancung dia tu kang, baru tau. Dan biasanya aku akan senyum sebab Abang Yul pandai buat macam-macam mimik muka yang melucukan. Abang Yul memang best. Aku dah anggap dia macam abang dan ahli keluarga aku. Abang Lang pulak akan bersorak menang sebab aku mengalah dulu.
Memang sejak dulu lagi Abang Yul akan jadi pendamai bila kitorang bertekak. Aku kenal Abang Yul sejak aku lapan tahun lagi iaitu ketika Abang Lang belajar di Sekolah Alam Syah. Sampai sekarang, jodoh mereka masih kuat sebab kerja kat tempat yang sama. Memang rezekilah. Masa tu Abang Lang form 1. Abang Yul selalu ikut Abang Lang balik sebab Abang Yul anak yatim piatu. Mak ayah dia accident masa dia umur dua tahun. Masa tu pun dia teruk gak, tapi Allah nak panjangkan umur dia lagi. Lepas tu Abang Yul dijaga oleh Mak Long dia. Tapi sejak Abang Yul masuk asrama kat KL, Mak Long ikut anak dia yang duduk kat Kelantan sebab Mak Long duduk sorang-sorang kat rumah. Tu yang Abang Yul jarang balik jumpa Mak Long dia dan dia pun ikutlah Abang Lang.
Abang Yul lah yang ajar Abang Lang sembahyang dengan betul dan sebagainya. Memang Abang Yul beri kesan yang amat besar kepada keluarga kami. Bila abah dan mama sedar yang Abang Lang dan Abang Yul akan ke surau setiap kali balik cuti, mereka mula berubah sedikit demi sedikit. Mama dah mula pakai tudung dua tahun lepas tu. Abah pulak dah tak pakai seluar pendek bila teman mama shopping. Cuma, Kak Long dan Abang Ngah je yang agak liat sikit. Abang Ngah macam musuh je dengan Abang Yul sebab masa abah dan mama mula bersungguh-sungguh praktikkan ajaran Islam ni, dia kat Jepun ambil engineering. Masa tu Abang Lang form 5. Jadinya, bila mama tau perangai kasanova Abang Ngah yang sikit-sikit ikut perangai abah masa muda dulu, mama cut belanja Abang Ngah. Memang Abang Ngah patah kaki lah. Mana taknya, selama ni hidup senang dan mewah, tiba-tiba kena camtu, maunye tak kalut. Mama nak abang Ngah janji dan mama memang pantau dari jauh dengan begitu ketat. Mama banyak spy kat sana. Agaknya sebab tu kot Abang Ngah tak berapa suka dengan Abang Yul. Bila balik Malaysia, Abang Ngah yang tinggi lampai macam papa dan berkulit cerah macam mama still lagi pakai seluar pendek pergi sana sini. Sembahyang pun asal ingat kot. Mama apa lagi...bising macam mulut murailah. Lastnye, untuk mengelakkan kena leter dengan lebih menyakitkan, Abang Ngah duduk rumah sewa dengan kawan-kawan dia kat Damansara. Sekarang Abang Ngah dah kahwin dengan kerani tempat ofis dia kerja. Tengok kakak ipar aku tu pun, aku segan gak nak mengaku. Memanglah macam gaya wanita moden masa kini, tapi aku tak berkenanlah. Mekap tebal gila dan baju ketat usah ceritalah. Memanglah body cun. Aku tau mama makan hati berulam jantung, tapi aku tau mama sedar yang dia dulu pun lebih kurang kot camtu.
Yang Kak Long pulak, duduk jauh dari kami. Jadi doktor kat Kedah. Husband dia bussinessman kat sana. Kak Long tak pakai tudung jugak. Satu-satunya anak mama yang ikut dia hanyalah Kak Long. Putih kemerahan, rendah dan bertubuh kecil. Macam anak patung pun ada. Lepas tu ada lesung pipit yang dalam macam mama jugak. Orang panggil Kak Long ni klon mama. Anak Kak Long dah empat orang tapi yang aku tengok anak sulung dia yang bari umur sembilan tahun tu, dah pandai bergaya sakan. Nasib lah korang dapat mak yang bergaya. Adik beradik aku yang seramai enam orang ni, ada macam-macam versi. Kak Long dengan Adila rendah macam mama. Tapi Adila sawo matang macam papa. Tapi sekarang adik bongsu aku ni dah hitam legam sebab join olahraga. Aku, anak kelima ni, tinggi macam papa dan berkulit cerah macam mama. Tak kisahlah. Tapi orang selalu ingat aku ni anak perempuan first abah and mama. Bangga gak. Huhuhu. Abang-abang semua tinggi dan cuma Acik je, iaitu anak keempat yang agak rendah macam mama. Rasenye aku tinggi sikit dari Acik kot. Acik sekarang tengah sambung master kat UKM dalam bidang pendidikan. Acik memang anak paling warak sebab dia sekolah tahfiz sejak form 1. Kiranya, jarak aku dan Acik hanya dua tahun dan jarak aku dengan Abang Lang lima tahun. Sekarang, umur aku 21 dan Abang Lang dah 26. Dah tua jugak rupanya Abang Lang ni.
Tapi, baik Abang Lang dan Abang Yul, aku tengok diorang macam takde makwe lagi je. Aku pun tak fahamlah diorang ni. Takkan takde orang nak. Abang Yul tu muka sikit macam hindustan, mesti lah ada peminat. Abang Lang....mungkin sebab mulut dia takde tax kot, pompuan takut nak dekat dia. Apa-apa hal, abang paling aku sayang adalah Abang Lang walaupun kami selalu bergaduh.
Tapi...tu semua hanya kenangan. Ribut gaduh-gaduh pasal responden ni hanya kenangan dua bulan lalu. Abang Lang dah menghadap Ilahi sebulan lalu. Semua orang tak sangka Abang Lang akan pergi secepat itu. Aku tak sangka rupanya gurauan dia bagi chance kat Abang Yul menang masa main sahiba untuk last time akan jadi kenyataan. Abang Lang meninggal dunia kerana lemas ketika sedang bercuti dengan kawan-kawan dia kat air terjun. Abang Lang tak sempat nak menyelamatkan diri bila tiba-tiba ada runtuhan kecil pada batu-batu air terjun tu. Dan pencadang utama untuk pergi air terjun tu adalah Abang Yul. Padahal Abang Lang dan beberapa orang kawan dah cadangkan supaya jalan-jalan meneliti sejarah Kota Melaka. Tapi disebabkan ramai yang teringin nak mandi-manda kat air terjun, maka mereka beramai-ramai, kalau tak silap aku dalam sebelas orang gak lah pergi air terjun. Aku memang belum dapat menerima hakikat ini. Aku tau ini takdir dan ajal, tapi aku rasa kalau Abang Yul tak cadangkan dan mengada-ngada nak pergi air terjun, mesti hal ni tak terjadi. Sebelum kejadian tu, sebenarnya Abang Yul ada sekali dengan Abang Lang. Tapi tiba-tiba Mak Long dia call dan ada hal penting. Jadinya, tu sebab Abang Yul terselamat. Untuk kali kedua setahu aku, Abang Yul terselamat dari mati selepas kemalangan masa dengan mak ayah dia masa kecik-kecik dulu. Apasalla Abang Yul tak ajak sekali Abang Lang naik atas sekali masa tu. Kalau tak, mesti Abang Lang tak kena camtu. Tak pun biar Abang Yul je yang mati kena hempap tu. Ahhhhh…tidak.
Mama dah kering air mata bukan sebab menangisi kematian Abang Lang, tapi sebab nak pujuk aku agar terima hakikat ni. Aku rasa hidup aku dah takde sinar tanpa gelak tawa Abang Lang. Sepi sesepi sepinya. Dan selama sebulan ini jugalah aku makan dan minum air mata. Tak sah kalau tak menangis. Makan pun sebab kena paksa dan kena ugut dengan mama. Abang Yul bukan tak cuba pujuk aku, tapi aku rasa semua dah tak laku. Aku rasa benci sangat nak tengok muka Abang Yul. Aku tau Abang Yul mesti sedih jugak, tapi aku tak fikir ada orang lain yang lebih sedih dari aku disebabkan kematian Abang Lang.
Tengahari tadi Abang Yul datang lagi. Aku perasan dia makin kurus. Tapi tak timbul pun kesian kat dia. Makin hangin adalah sebab mama dengan papa tak habis-habis sebelahkan dia. Dan aku perasan ada air mata bergenang kat mata Abang Yul sebelum Abang Yul balik tadi. Mungkin terlalu kecewa dengan kata-kata aku.
“ Baliklah. Tak payah datang lagi. Kalau mampus lagi bagus.” Aku pun tak sedar masa tu aku cakap macam tu. Bila mama pegang kuat tangan aku, baru aku perasan. Papa pandang tajam kat aku. Adila tercengang tengok aku dan Acik cuma tunduk je.
Acik dah tak tau nak buat apa lagi kat aku dah. Tapi Acik tak pernah marah aku bila aku buat kasar kat Abang Yul. Dia akan pujuk lembut. Tak macam mama dengan abah. Mesti nak sokong Abang Yul. Bencinya aku.....
-----
Dah setahun Abang Lang pergi. Aku akan balik rumah setiap minggu untuk pergi kubur Abang Lang. Nasib baik aku dapat posting sekolah kat Subang Jaya. Takdelah jauh sangat dari rumah. Boleh je nak mengulang dari rumah Shah Alam ke Subang Jaya hari-hari, tapi sebab dah ada kemudahan quarters ni, aku rasa ni lebih mudah dan menjimatkan. Aku dah belajar untuk terima segala yang terjadi. Alangkah bodohnya aku kerana mengikut hawa nafsu dan tak kuat iman. Aku malu pulak dengan semua orang terutamanya Acik. Kesian Acik. Memang Acik jelah yang akan jadi mangsa aku paling teruk bila aku tak betul masa tu.
Ada sejuta hikmah rupanya atas apa yang terjadi ni. Kak Long dah pakai tudung. Dia menangis sungguh-sungguh sebab tak sempat nak pakai tudung hadiah Abang Lang yang dihadiahkan setahun sebelum Abang Lang meninggal. Cuma Abang Ngah je yang masih camtu. Aku dengar dia pun turut mengambil peluang atas kemarahan aku kat Abang Yul ni. Dila kata Abang Ngah pernah cakap ngan Abang Yul kalau tak jumpa engkau, adik aku takkan mati. Astaghfirullahalazim. Aku mengucap panjang. Alangkah bodohnya ayat tu. Memang tak menerima takdir itu adalah tindakan yang amat bodoh lagi hodoh.
Kesian Abang Yul. Dia tak bersalah langsung sebenarnya. Lepas tiga bulan Abang Lang meninggal, Abang Yul sambung master kat London. Kalau tak diorang pergi sekali. Tapi takde rezeki. Dan aku dah tak jumpa Abang Yul lagi dah lepas tu. Cuma Abang Yul contact mama dan abah. Kesiannye Abang Yul. Aku tiba-tiba jadi rindu dengan dia. Aku nak minta maaf secara berdepan dengan dia. Aku ingat nak tulis e-mail kat dia nanti nak mintak maaf. Aku terima apa saja hukumannya. Mesti Abang Yul mengalami tekanan jiwa yang dasyat dengan sikap aku dan Abang Ngah. Dia nak mengadu kat sape? Dahlah dia takde mak ayah. Dia takkan mengadu kat Mak Long dia sebab dia takkan susahkan Mak Long merangkap ibu dia tu. Lagipun sekarang ni Mak Long dia sakit kanser rahim. Mama kerap juga melawat Mak Long Abang Yul. Mama memang anggap Abang Yul macam pengganti Abang Lang. Dia pernah kirim serunding daging kat Abang Yul. Tulah makanan kegemaran Abang Yul dan Abang Lang.
Sedihnya bila ingat semua ni. Nantilah lepas check kertas Fizik bebudak ni aku taip e-mail kat Abang Yul.
513 paparan
6 Points
|