05 January, 2009
"bini ko pe kaba ghani?"
"sihat je.."
sambil keluar bilik zam terdengar suara guard yang berkawal berbual-bual...
‘rajin plak depa ni wat round petang-petang ni.."bisiknya dalam hati. sambil itu dia meninjau di balik balkoni,melihat kedudukan guard. tiba-tiba....
Seorang insan yang tak bersalah...
Tahun terakhir baginya bersama mereka...
Hari terakhir untuk dia menyembunyikan rahsia...
“Lepaskan tangan aku!” marah Ara tiba-tiba. Irfan memandang Ara tidak percaya.
“Lepaskan tangan aku! Kau tak faham bahasa Melayu? Aku tahulah kau mix, tapi kau tetap orang Melayu, tahu! Lepaslah, lembap!”
Tasya merengus geram. Dia menconteng buku latihan sambil menyumpah-nyumpah. Koyak-rabak buku itu dikerjakannya. Belum puas dengan tindakannya tadi, dia mengambil pula buku lain lalu mengoyak-ngoyak helaian buku tersebut.
“Apa?! Daddy kau nak kahwin lain?!!” jerit Leha seakan tidak percaya. Ara pantas menekup mulut Leha dan mencubit pinggang gadis bertubuh tinggi lampai itu supaya memperlahankan suaranya. Beberapa orang pengunjung di restoran KFC, tempat di mana mereka selalu lepak telah menoleh ke arah mereka.
Ada orang berpesan agar jangan menceritakan pengalamanku ini kepada orang awam, kelak hanya menimbulkan fitnah dan mereka akan mencibirkan kamu kembali. Saya pula berpendapat bahawa; kerana tidak mahu mempercayai perkara seperti inilah yang menyebabkan akhirnya saya terjebak ke dalam penderitaan yang berpanjangan.
Aku merenung jauh ke halaman. Luluh jiwaku. Hancur berkecai hatiku. Terbang semua harapanku. Hilang semua semangatku. Punah segala impian yang aku lakarkan bersamanya. Aku mengambil Alieff dari tangan Adik lalu kupeluknya erat-erat. Aku memeluk Alieff seeratnya. Aku mencari kekuatan daripadanya. Dia senyap sahaja, mungkin masih keliru. Masih termangu.
Air mataku tumpah lagi. Sebak di dada tidak dapat aku tahan lagi. Aku malu pada Tuhan. Aku malu pada diriku. Aku malu pada papa dan mama. Aku malu pada Along. Aku malu pada Adik. Dan aku malu pada anakku.
Suasana hiba masih lagi menyelubungi kami.Aku orang pertama mencium dahi dan kedua pipi mulusnya.Alieff masih dalam pelukanku.Belum cukup semangat yang aku peroleh daripada dirinya.Bacaan Yaasin berkumandang.Hatiku menjadi sayu.Aku genggam tangan Alieff seeratnya.